8 October 2012

Air Mata Cinta Pembersih Dosa ? mari baca


 
Jenis-JenisAir mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
 
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
 Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.
 Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.
 Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak
 pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. 
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.
kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji
 
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.  
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
 
  "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan 
mengharamkan tubuhnya dari api neraka. 
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu 
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu 
akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan 
balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
  Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya
 terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di 
atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
 menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga 
cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,
"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu 
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan 
menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah 
menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
 
  •  Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  •  Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. 
  •   Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah 
    Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat 
    persediaan. 
  •  Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang 
    bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah 
    pemberian Tuhan.

Dari itu..
 Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas 
segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang 
telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. 
Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan 
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga 
akan mendapat ampunanNya jua.
  

Junjungan Mulia bersabda
  "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam 
hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga 
pasukan fi sabillah di waktu malam."
 
  "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??
seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang 
tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
  
 "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah 
dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
  Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
  1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
  2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut
 nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
 
Air mata tanda rahmat Tuhan 
 
  Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus..kerana hal hal tersebut menandakan rahmat 
Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

No comments:

Post a Comment